Info Korporat

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mula ditubuhkan pada tahun 1926. Yang Dipertua Majlis pertama adalah Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman. Pada permulaan, Majlis dikenali sebagai Majlis Anggota Islam Pahang, kemudian berubah nama kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, akhirnya bertukar kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal sehingga hari ini. 

Visi Kami

“Bertekad menjadi peneraju hal ehwal Islam demi kesejahteraan ummah”

Misi Kami

“Memartabatkan Islam melalui ekosistem tadbir urus yang cemerlang, memperkasa masyarakat rabbani serta melestarikan adat resam Melayu yang tidak bertentangan dengan syariat Islam”

Nilai Bersama (7م)

MURABATAH

Murabatah (مـرابـطـة) bermaksud tambatan hati atas jalan kasih kepada Majlis/ tempat kita berkerja kerana Allah

MUSHARATAH

Musyaratah (مشارطة) bermaksud syarat-syarat, prosedur-prosedur yang mesti dipatuhi untuk kita mencapai sesuatu matlamat di dalam organisasi/tempat kita bekerja

MURAQABAH

Muraqabah (مراقبة) bermaksud sifat sentiasa mengawasi diri, mengawasi setiap tingkah laku, fikiran, perasaan dan perbuatan kita seiring dengan musyaratah

MUHASABAH

Muhasabah (محاسبة) bermaksud menghitung/memeriksa segala gerak pekerjaan yang telah kita lakukan. Sentiasa menilai kualiti gerak kerja agar selaras dengan niat kerja iaitu kerana Allah SWT dan tujuan organisasi

MU'AQABAH

Mu'aqabah (معاقبة) bermaksud mendenda/menghukum diri setelah selesai bermuhasabah, sekiranya ada kekurangan di dalam prestasi, maka diperingatkan dan ditegaskan kepada diri agar sentiasa berusaha dengan lebih baik dan gigih

MUJAHADAH

Mujahadah (مجاهدة) bermaksud sifat bersungguh-sungguh dan semangat yang tinggi di dalam menjalankan segala tugas, amanah dan tanggungjawab. Individu hendaklah terus istiqamah di dalam perjuangan demi hasilnya kepada Majlis. Anggap segala kesusahan/kepayahan itu sebahagian daripada ibadah.

MU'ATABAH

Mu'atabah (معاتبة) bermaksud sifat mengkritik diri, supaya diri tidak cepat merasa selesa dengan pencapaiannya, Sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi kerja.

Garis Masa MUIP Sehingga 2050

Kami warga MUIP sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti tinggi, jujur, amanah serta sentiasa menghargai pelanggan-pelanggan kami berasaskan kepada sahsiah, keperibadian dan akhlak yang dituntut oleh syarak.

Polisi dan Objektif Kualiti

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang akan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi meningkatkan syiar Islam di Negeri Pahang berpandukan kepada Perlembagaan Negara serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Punca Kuasa Penubuhan

(1) Asas Penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Perkara 24(1) Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang. 

Raja Pemerintah Ketua Agama Negeri

  1. (1) Ketua Agama Negeri hendaklah Raja Pemerintah dan Raja Pemerintah, dari satu masa ke satu masa, bolehlah mengeluarkan perintah supaya diadakan lagi apa-apa undang-undang sebagaimana yang patut pada timbangan Baginda bagi maksud mengatur hal ehwal agama dan bagi menubuhkan sebuah Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu yang akan digelar dalam bahasa Inggeris “Council of Religion and Malay Custom” bagi menolong dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam semua perkara mengenai agama Negeri dan adat resam Melayu.

(2) Penubuhan dan Pemerbadanan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991.

  1. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang kekal turun-menurun dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Majlis mengikut apa-apa syarat yang Majlis fikirkan patut.

Nilai Murni

Kesungguhan

1. Bekerja tanpa mengira masa
2.Melaksanakan tugas dengan
   penuh dedikasi

Bersih

1. Tidak mengamalkan pilih kasih
    dalam melaksanakan tugas
2. Melaksanakan tugas dengan
    jujur dan amanah
3. Menganggap rasuah sebagai
    penyakit

Amanah

1. Amanah dalam melaksanakan
    tugas dan tanggungjawab yang
    diberikan.
2. Mempunyai akauntabiliti yang
    tinggi

Penyayang

1. Sentiasa membantu orang ramai
    yang memerlukan bantuan
2. Saling bekerjasama

Proaktif

1. Sentiasa mengambil insiatif awal
    untuk mengelakkan masalah
    timbul
2. Sentiasa bekerjasama dengan
    lain-lain agensi
3. Sentiasa mengambil
    langkah/tindakan pencegahan

Cekap

1. Mempunyai kemahiran yang
    tinggi
2. Kemahiran yang pelbagai
    (multi-skill)
3. Tindakan dilaksanakan dengan
    cepat dan cekap
4. Mempuyai ilmu pengetahuan
    yang luas

Sikap Yang Baik

1. Menghargai pelanggan dan
    orang ramai
2. Menyayangi organisasi sebagai
    tempat sumber rezeki
3. Bekerja sebagai satu pasukan
    (team work)

Piagam Pelanggan

Kami warga MUIP sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti tinggi, jujur, amanah serta sentiasa menghargai pelanggan-pelanggan kami berasaskan kepada sahsiah, keperibadian dan akhlak yang dituntut oleh syarak.

Setiap permohonan bantuan zakat akan diteliti dengan seadil-adilnya.

Meningkatkan tahap pengurusan dan kualiti pendidikan pra-sekolah

Membantu dalam pengurusan masjid, surau dan kubur.

Pengurusan wakaf dilaksanakan dengan penuh berintegriti.

Pengurusan program-program dakwah yang bersistematik

Memberi kemudahan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.

Meningkatkan sistem dan aplikasi yang sedia ada.

Ketua Agama

Asas penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang – Perkara 24(1) Bahagian 1 iaitu Raja Pemerintah Ketua Agama Negeri

Ahli Majlis

MUIP juga memastikan amalan tadbir urus korporat sentiasa konsisten dengan standard amalan yang dipraktikkan di Malaysia serta turut memastikan penerapan amalan terbaik dalam syarikat-syarikat pelaburannya.

Jawatan Kuasa Tetap

Mengkaji dan mengemas kini strategi, dasar, polisi dan hala tuju Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang….

Pengurusan & Pentadbiran

Carta Pengurusan & Pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Struktur Organisasi

Carta Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Objektif Strategik

0

Pembentukan Insan Yang Rabbani Berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah

0

Pemerkasaan Komuniti & Kesejahteraan Ummah

0

Pengukuhan Baitulmal

0

Pemantapan Dasar & Undang-Undang Bagi Tadbir Urus

0

Pengukuhan Semua Agensi Agama

0

Pembangunan Ekosistem Tadbir Urus Yang Cemerlang

Carta Organisasi Majlis
Skip to content