EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diperkenalkan mulai Januari 2014 oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S. Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mendapatkan pengiktrafan pensijilan 5S pada tahun 2013.

Visi

“Mewujudkan Persekitaran Kondusif Meningkatkan Produktiviti dan Perkhidmatan Berkualiti ”

Misi Kami

“Menyemai Budaya Kerja Yang Berinovasi dan Berkualiti Melalui EKSA Dengan Pengamalan Yang Berterusan Demi Memberi Perkhidmatan yang Cemerlang Kepada Masyarakat”

Slogan

Persekitaran Kondusif Warga MUIP Produktif

Objektif

Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif

Menjana idea kreatif dan inovatif dalam kalangan kakitangan

Meningkatkan imej korporat jabatan; dan

Membudayakan semangat kerja berpasukan yang cemerlang

Rasional Logo

Faedah pelaksanaan EKSA di MUIP adalah seperti berikut:

Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif (bersih, kemas, tersusun dan selamat).

Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan organisasi.

Mewujudkan piawaian kerja yang jelas.

Menjana idea kreatif dan inovatif dalam kalangan warga MUIP.

Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja, sumber dan tenaga dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti.

Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan.

Membina disiplin dan etika kerja yang baik.

Meningkatkan imej korporat MUIP

Ketua Agama

Asas penubuhan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang – Perkara 24(1) Bahagian 1 iaitu Raja Pemerintah Ketua Agama Negeri

Ahli Majlis

MUIP juga memastikan amalan tadbir urus koporat sentiasa konsisten dengan standard amalan yang dipraktikkan di Malaysia serta turut memastikan penerapan amalan terbaik dalam syarikat-syarikat pelaburannya.

Jawatan Kuasa Tetap

Mengkaji dan mengemas kini strategi, dasar, polisi dan hala tuju Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang….

Pengurusan & Pentadbiran

Carta Pengurusan & Pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Struktur Organisasi

Carta Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Carta Organisasi Majlis
Skip to content