- Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan Rakyat Negeri Pahang) yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Keutamaan adalah diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan yang baik dalam Pengetahuan Agama Islam.
Bil. | Jawatan | Gred | Taraf Jawatan |
---|---|---|---|
1. | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat | FA29 | Kontrak |
2. | Pembantu Juruaudit | W19 | Kontrak |
2. Syarat Umum
- Warganega Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan Dan Kemudahan-Kemudahan
- Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.
- Kemudahan seperti Cuti Rehat Tahunan, faedah rawatan perubatan, pinjaman, bantuan sara hidup (COLA) dan sebagainya tertakluk kepada peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
Tarikh : 5 Ogos 2024