PEKAN: 28 April 2021 – Program Kurnia Kasih anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memasuki hari kedua program yang meliputi beberapa buah masjid di Daerah Pekan. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan untuk mencemar duli dalam program ini untuk mengurniakan sendiri bantuan terus kepada para asnaf.

Turut berangkat KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Panglima Muda Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi Bin Husain dan Ketua Polis Daerah Pekan, Tuan Mohd Razli Bin Mohd Yusof.

Antara masjid yang telah dikunjungi oleh Baginda ialah Masjid Tg.Batu, Masjid Tg.Medang dan Masjid Pasir Panjang, Pekan. Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan untuk mengurniakan sumbangan berupa wang tunai dan bekalan asas kepada sejumlah 156 orang asnaf di bawah seliaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Program Kurnia Kasih ini telah dianjurkan bagi meringankan sedikit bebanan para asnaf sepanjang bulan Ramadan ini dan sempena hari raya yang bakal kunjung tiba.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content