Chenor. 19 Januari 2021 Bersamaan 6 Jamadilakhir 1442 Hijrah – Madrasah Raudah Al Muhibin atau dikenali sebagai ‘Pondok Pak Kob’ merupakan salah sebuah madrasah yang telah ditenggalami oleh banjir yang teruk sehingga mengakibatkan banyak barang-barang penting tidak dapat untuk diselamatkan.

Menurut seorang isteri kepada pengasas Pondok Pak Kob, beliau berkata semasa hari kejadian mereka terpaksa tinggal di rumah atas selama 17 hari kerana mereka ingin menjaga barang-barang penting di dalam rumah tersebut seperti buku-buku, kitab-kitab dan sebagainya. Malangnya air naik begitu pantas dan mereka tidak dapat menyelamatkankannya. Turut bersama mereka ketika banjir melanda adalah mereka berdua suami isteri dan 4 orang pelajar mereka yang tidak lepas pulang ke rumah keluarga masing-masing.

Tambah beliau, kejadian seperti ini adalah pertama kali terjadi sepanjang hidupnya yang sudah mencecah usia 70an, air naik begitu dalam sehingga mengakibatkan rumahnya di tingkat 1 ditenggelami oleh air banjir dan kesemua mereka berteduh di tingkat 2 selama 17 hari dengan tidak berbekalkan air dan elektrik. Namun tidak menjadi penghalang untuk mereka meruskan kehidupan malah mereka lagi bersyukur kerana diberi kesempatan untuk diuji sekali gus dapat menambah keimaman dalam diri. Namun setiap malam, mereka juga perlu berjaga-jaga kerana bimbang akan dinaiki air. Menurut isteri kepada pengasas Pondok Pak Kob, beliau berkata ‘dia redha diuji seperti ini, dan sedikit sebanyak memberi keinsafan serta kesedaran kepada dirinya untuk sentiasa mengingati kekuasaan allah. Beliau juga percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya’.

Dengan kehadiran dan penglibatan para sekarelawan daripada Agensi Agama Islam Pahang seperti Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pejabat Agama Islam Daereah (PAID) dalam aktiviti pembersihan, gotong-royong di sekitar Madrasah tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban Pengasas Madrasah Raudah Al Muhibin atau dikenali sebagai ‘Pondok Pak Kob’ sekali gus menarik nafas lega dan bersyukur kehadrat ilahi. Benar kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,

Carta Organisasi Majlis
Skip to content