KUANTAN, 11 JANUARI 2021, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah atas sumbangan bantuan banjir sebanyak RM 241,000 berupa 18,000 kampit beras dan produk- produk keluaran Syarikat Mubim.

Sumbangan bantuan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Ybhg Tuan Sheikh Zakaria bin Othman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dengan disaksikan oleh Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, YB. Dato’ Haji Halidan bin Md Daud dan Pengarah Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Ybhg Zulhairi bin Zainol Abi

Turut hadir bersama Pegawai Daerah Kuantan, Yang Mulia Tengku Dato’ Nor Asmaliza binti Ku Lah serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Encik Khairuddin bin Ismail. Konvoi yang melibatkan 16 buah kenderaan pelbagai guna dan 3 buah trelar ini telah menghantar misi bantuan banjir di Depoh Simpanan Keperluan Bencana Negeri Pahang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan serta di Sekolah Tunas Bakti, Jerantut sebelum diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh daerah Negeri Pahang. Sehingga 10 Januari 2021, MUIP telah mengagihkan bantuan zakat sebanyak RM 537,000.00 kepada 2533 orang mangsa banjir di seluruh Negeri Pahang.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content