PEKAN, 17 MAC 2021: Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewakili Paduka Ayahanda KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keluarga menzahirkan rasa takziah dan dukacita atas permergian Allahyarham YH. Dato’ Haji Abdul Mutalib Bin Haji Mohd Ali Al-Fakwie selaku mantan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

YAM Tengku Panglima Raja juga menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama kalangan orang yang beriman.

Amin ya rabbal ‘alamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carta Organisasi Majlis
Skip to content