JERANTUT. 23 November 2020 Bersamaan 7 Rabiulakhir 1442 Hijrah – Sebuah keluarga di Kampung Konggo Batu Balai hilang tempat tinggal selepas rumah sewa yang didiami hangus dalam kebakaran, pagi Sabtu lalu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menitahkan kurniaan sumbangan peribadi baginda bagi meringankan beban mangsa. Sumbangan segera bantuan zakat bencana MUIP berjumlah RM2,000 juga turut diserahkan. Kedua-dua sumbangan disampaikan oleh Pengurus Cawangan MUIP Jerantut, Yang Berbahagia Ustaz Nik Ahmad Tarmizi bin Nik Lam. Hadir sama semasa penyerahan sumbangan, wakil JKKK dan Jawatankuasa Masjid Kg. Batu Balai.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content