MARAN, 8 MAC 2021 bersamaan 24 Rejab 1442 Hijrah – Kutipan sedekah sebanyak RM 715,000.00 berjaya disumbangkan oleh warga Felda Wilayah Jengka yang terdiri daipada 37 buah rancangan Felda menerusi program sumbangan sedekah warga felda yang sejak mula dilaksanakan pada Disember lalu.

Majlis penyerahan mock cek sedekah warga Felda Wilayah Jengka fasa ke dua sebanyak RM 400,000.00 itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Sarimah binti Sudin, Penolong Pengurus Besar Wilayah, Felda Wilayah Jengka kepada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Berbahagia Encik Khairuddin bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar).

Majlis yang berlangsung di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 16 dihadiri bersama Yang Berbahagia Tuan Haji Sulaiman bin Bakar, Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Yang Berbahagia Puan Zariah binti Ustaz Haron, Pengerusi GPW Gabungan dan yang berusaha Tuan Haji Ismail bin Abdul Rahman,Ketua Peneroka Felda Jengka 16. Pada tahun 2020, pihak MUIP telah pun mengagihkan RM 6.9 Juta bantuan zakat kepada warga Felda di seluruh negeri Pahang yang merangkumi bantuan zakat pendidikan iaitu Dermasiswa dan Bantuan Awal IPT, Bantuan Bulanan, Bantuan Am serta agihan menerusi permohonan bantuan oleh pihak surau, sekolah dan agensi.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content