TEMERLOH, 3 Disember 2020. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat menziarahi keluarga mangsa lemas. Keberangkatan baginda turut diiringi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang.

Pada 27 November 2020, mangsa Mohd Loqman bin Hamka (20 tahun) dipercayai jatuh ke dalam air semasa menangkap ikan di Kg Kuala Kujan, Temerloh iaitu berhampiran dengan sangkar ikan bapa beliau. KDYMM YDPA turut berangkat bagi menyertai misi mencari dan menyelamat mangsa dengan menaiki bot jabatan bomba dan penyelamat di sekitar kawasan kejadian. Sehingga kini, difahamkan mangsa masih belum dapat ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan operasi bagi mencari dan menyelamat mangsa. Sebelum berangkat pulang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Banginda Yang Dipertuan Agong berkenan untuk mengurniakan bantuan wang tunai dari Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang sebanyak RM2 ribu ringgit kepada ahli keluarga mangsa sebagai tanda takziah dan simpati Tuanku kepada kepada mereka.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content