RAUB. 4 Julai 2020 Bersamaan 12 Zulkaedah 1441 Hijrah – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang menyantuni pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Batu Talam berikutan kejadian kebakaran di asrama pelajar lelaki sekolah berkenaan.

Bantuan zakat keseluruhannya berjumlah RM15,300.00 disampaikan berupa barangan keperluan persekolahan seperti baju, pakaian sukan, kasut dan beg sekolah disampaikan kepada 51 pelajar yang terlibat.

Kebakaran asrama berlaku kira-kira jam 4.15 pagi tadi menyebabkan kemusnahan di asrama pelajar lelaki melibatkan pelajar tingkatan 5 dan 4. Kesemua pelajar dilaporkan selamat.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content