PEKAN. 16 Oktober 2020 Bersamaan 28 Safar 1442 Hijrah – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang memperuntukkan sejumlah RM1,016,000 kepada 10,160 pelajar di 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri dan 4 buah Sekolah Menengah Ugama Majlis di negeri Pahang.

Majlis pelancaran pada pagi tadi dirasmikan oleh Yang Hormat Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain bertempat di Kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang, Encik Muhammad bin Ab. Rahman, Pengetua Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar, Al-Fadhil Tuan Haji Lebai Idris bin Ali, Pegawai Zakat Kanan MUIP, Tuan Haji Mohd Ali bin Mat Dasir dan Pegawai Pendidikan MUIP, Ustaz Mohd Azri bin Salehud-din.

Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi menyampaikan bantuan wang zakat di dua buah kelas sebagai simbolik penyerahan. Pada majlis hari ini seramai 502 pelajar Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang.

Wartawan : Safura
Foto : Hamzi

Carta Organisasi Majlis
Skip to content