4&5 DISEMBER 2020- Mangsa-mangsa musibah banjir disantuni bagi meringankan beban mereka menerusi kurniaan Bantuan Zakat Bencana Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Majlis kurniaan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP.

Dua buah daerah terlibat sempena program tersebut ialah daerah Raub dan Maran. Keseluruhan bantuan yang dikurniakan berjumlah RM159,800 kepada 799 keluarga melibatkan 24 buah PPS dikedua-dua daerah yang dilawati.

Sesi ziarah ini turut disantuni oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan YAM Tengku Panglima Muda yang sudi mencemar duli ke untuk mengurniakan bantuan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content