KUANTAN. JUMAAT 16 APRIL 2021 : Satu majlis penyampaian replika dan surat kelulusan telah diadakan bertempat di Pejabat Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Harta Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Program yang diadakan pada hari ini adalah sebagai simbolik kepada penyerahan agihan zakat daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang kepada penerima-penerima sumbangan yang terdiri daripada wakil –wakil IPTA/IPTS Negeri Pahang, maahad tahfiz, sekolah menengah agama Negeri Pahang, sekolah menengah, sekolah agama rakyat dan Sekolah KAFA.

Sejumlah RM 1.2 Juta telah diagihkan kepada institusi pendidikan Islam Negeri Pahang sehingga Mac 2021. Sebahagian penerima sumbangan tersebut diantaranya ialah Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah ( KUIPSAS ), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan ( UIAM ), Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan, wakil-wakil maahad tahfiz, wakil daripada sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama rakyat, kelas KAFA dan lain lain institusi.

Di antara jenis agihan yang diberikan adalah Sumbangan Ihya’ Ramadan kepada maahad tahfiz dan pondok berdaftar (RM 194,000.00), Sumbangan pembelian bas, Program Akademi Hadith dan dana penyelidikan KUIPSAS ( RM 289,000.00 ), Tajaan guru tasmik Tahfiz Bestari dan pembelian katil dan loker asrama Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pekan ( RM 291,750.00 ), Program Asnaf Yayasan Tuanku Cancelor Universiti College Yayasan Pahang ( RM 60,000.00), Penganugerahan Pelajar Terbaik Konvensyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan ( RM 20,000.00 ), Sumbangan baikpulih dan penyelenggaraan kecil SAR KAFA ( RM 186,790.00) dan lain lain lagi.

YH Dato’ Ahmad Hairi Bin Haji Husain Selaku Ketua Pegawai Eksekutif MUIP dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat Negeri Pahang kerana dengan kutipan zakat yang diterima , MUIP dapat mengagihkan kepada asnaf yang berkelayakan termasuklah yang diserahkan kepada institusi pendidikan agama Islam yang terdiri dikalangan asnaf fi sabililah.

‘MUIP berharap dengan agihan sumbangan ini, banyak program program pembangunan modal insan dapat dilaksanakan selain sumbangan bagi membantu membaikpulih , penyelenggaraan insfrastruktur dan keperluan Institusi Pendidikan Islam demi keselesaan dan keperluan semasa. MUIP juga berharap institusi yang menerima sumbangan ini dapat memanfaatkan dengan sebaiknya”.

Hadir sama di majlis ringkas ini ialah Y.Bhg Dr. Haji Asmadi Bin Abdul Rahman ( Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal&Operasi MUIP ), Tuan Haji Che Samsul Bin Ibrahim ( Ketua Bahagian Korporat Pusat Kutipan Zakat Pahang ), Tuan Haji Mohd Ali Bin Mat Dasir ( Pengarah Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Islam MUIP ) serta para tetamu dan wakil institusi yang hadir.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content