10 JANUARI 2021- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,berkenan untuk menziarahi mangsa-mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Temerloh. Antaranya:
1. SK Lanchang
2. SJKC Mentakab
3. SK Mentakab Jaya
4. Dewan Sri Songsang
5. SBPI
6. Dewan Abdullah Kia Kerdau
7. Balairaya JKKK Kuala Kerdau
8. Masjid Terengging
9. SK Jalan Bahagia
10. SK Temerloh Jaya
11. Stor Kuarters MUIP di Taman TJ Indah
Baginda juga turut diiringi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Baitulmal) Dr. Asmadi bin Abdul Rahman untuk menghulurkan sumbangan tunai kepada mangsa-mangsa serta membantu mengagihkan sumbangan-sumbangan bekalan banjir di PPS tersebut.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content