11 JANUARI 2021- Setelah Temerloh dan beberapa daerah lain, kini giliran mangsa-mangsa banjir di Pekan, Pahang pula disantuni oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda berkenan untuk menziarahi mangsa banjir di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Pekan.
Keberangkatan Baginda turut diiringi oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YB Dato’ Sri Haji Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Adun Peramu Jaya, YH Dato’ Zaliza Bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YBs Dr Asmadi bin Abdul Rahman dan Pengurus MUIP Cawangan Pekan, Ustaz Muhammad Hafidz bin Abdul Halim.
Dengan semangat cintakan rakyat, Baginda berkenan menghulurkan sumbangan tunai kepada mangsa-mangsa serta membantu mengagihkan sumbangan bekalan banjir di PPS-PPS tersebut.
Baginda bertitah agar semua mangsa sentiasa menjaga SOP sepanjang berada di Pusat Pemindahan Sementara dan baginda mendoakan agar mereka semua terus tabah menghadapi ujian ini.