JUMAAT, 30 APRIL 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk membayar zakat fitrah setelah selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Sebagai umat Islam dan Tuanku Yang Dipertua MUIP, Baginda turut menzahirkan sifat tanggungjawab dan menyeru kepada umat Islam khususnya di Negeri Pahang agar menyelesaikan urusan zakat fitrah dengan segera.

Turut hadir mengiringi Baginda ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Lt. Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz

Carta Organisasi Majlis
Skip to content