PEKAN. 31 Mac 2021 Bersamaan 17 Syaaban 1442 Hijrah – Seramai 88 orang pesakit menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM8,800 disampaikan oleh Yang Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain. Pesakit yang diziarahi turut menerima hamper barangan face mask dan hand sanitizer yang disampaikan oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman.

Hadir sama dalam Program Ziarah Prihatin Hospital Pekan yang diadakan pagi tadi, Yang Berusaha Timbalan Pengarah Hospital Pekan, Dr. Izra Safwan bin Ali Aziz.

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah meluluskan sumbangan berjumlah RM97 ribu untuk peralatan perubatan bagi kegunaan di Hospital Pekan. Secara keseluruhannya, peruntukan bagi sumbangan peralatan perubatan kepada hospital dan klinik kesihatan di Pahang yang telah diluluskan pada tahun lepas berjumlah RM973,152.00.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content