BERA, 10 OGOS 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menziarahi rumah-rumah yang terkesan akibat kerja-kerja pemusnahan bom lama di Felda Triang 1, Bera pada hari ini.

Baginda turut meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar kepada penduduk setempat membuatkan rakyat merasa terharu dan dihargai. Sumbangan wang tunai zakat dan barangan keperluan asas MUIP berserta sumbangan peribadi Baginda telah diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Keberangkatan Baginda turut diiringi oleh YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Pegawai Daerah Maran, YH Dato’ Zaman Azam Bin Mohamat Sarif, Ketua Polis Daerah Bera, Tuan Mansor Samsudin, Al-Fadhil Qadhi Daerah Bera, Ustaz Mohd Azizi Bin Abdul Aziz dan Pengurus MUIP Cawangan Bera, Ustaz Abdul Halim Bin Chik.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content