PEKAN. 14 Julai 2020 Bersamaan 22 Zulkaedah 1441 Hijrah – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang merupakan urus setia bagi Pemantauan Kesiapsiagaan Pemmbukaan Maahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang. Pemantauan yang dilaksanakan bermula pada hari ini dibahagikan kepada 8 kumpulan melibatkan para pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang serta Pejabat Pendidikan Daerah bertujuan bagi melihat persiapan dan persediaan sekolah, terutamanya pematuhan berkenaan garis panduan pembukaan semula sekolah yang ditetapkan.

Bermula pada hari ini, pemantauan secara berperingkat melibatkan 38 buah sekolah di daerah Kuantan, Temerloh, Jerantut dan Bentong. Pemantauan bersepadu ini akan diteruskan bagi memastikan semua SOP dan persediaan pembukaan sekolah pada tahap yang maksima.

Secara umumnya, 45 buah sekolah dijadual memulakan sesi persekolahan pada 15 Julai ini manakala bakinya, kira-kira 40 buah lagi selepas Hari Raya Aidiladha.

Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan pada 26 Jun yang lalu mengumumkan kerajaan membenarkan pembukaan semula maahad tahfiz dan madrasah ini bermula pada 15 Julai 2020 dengan mematuhi SOP KPM. Manakala yang tidak berdaftar perlu memohon dengan pihak berkuasa agama negeri.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content