Kuantan, 23 Ogos 2021 bersamaan 14 Muharam Seramai 30 orang pelajar Pusat Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli kelolaan Yayasan Pahang menerima agihan zakat bantuan pendidikan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ). Sebanyak RM 72,000.00 telah diagihkan kepada para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di sini. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif ( Baitulmal dan Operasi ) MUIP.

PETAMA menawarkan program kepada remaja-remaja daripada Masyarakat asli orang asli Negeri Pahang untuk mendalami asas-asas Al-Quran dan Fardu ain serta sijil Kemahiran Malaysia tahap 1,2 dan 3 dalam perkhidmatan Masyarakat Orang Asli. Selain itu, PETAMA juga menawarkan kepada remaja asli Luar Pahang yang di taja oleh Majlis Agama Islam Negeri. Hadir sama dalam majlis ringkas ini YBrs. Prof Madya Dr. Azhar bin Jaafar @ Ramli Timbalan Naib Censelor Pembangunan Pelajar dan hubungan Komuniti. Ustaz RadZi bin Ahmad, Pengurus Petama dan Ketua unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam, Haji Sh. Mohd Firdaus bin Sh. Othman.

Dr. Asmadi dalam ucapannya berharap pelajar dapat belajar bersungguh-sungguh dan dapat menjadi seorang pendakwah yang berjaya di dunia dan akhirat serta dapat menyampaikan kepada saudara di kampung.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content