PEKAN. 1 September,2020 ( Selasa ). Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi Warga Maahad Tahfidz Al-Quran Waddin Ibadah Mukmin yang ditempatkan sementara di Pusat Pemindahan Sementara Kampung Lamir, Pekan dan menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan kerana telah terlibat dalam kejadian kebakaran pada awal pagi 31 Ogos,2020 (Isnin).

Dalam kejadian tersebut kesemua pelajar dan guru selamat dan tiada sebarang kemalangan melibatkan penghuni dilaporkan.Turut hadir bersama Penghulu Mukim Pahang Tua dan Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Bahagian Pendidikan. Selepas menyampaikan bantuan, terus meninjau kawasan kebakaran bagi melihat keadaan sebenar untuk dipertimbangkan bantuan susulan yang boleh diberikan bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung.

#MuipPahang #ZakatPahang #MuipPekan #AsnafZakat #CaknaAsnaf

Carta Organisasi Majlis
Skip to content