LIPIS. 6 Oktober 2020 bersamaan 20 Rabiulawal 1442 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan pengurniaan sumbangan bantuan segera bagi menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Baru Benta.

KDYMM Pemangku Raja Pahang selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang menitahkan supaya pihak MUIP mengurniakan sumbangan bantuan bencana menerusi sumber baitulmal berjumlah RM8000 kepada dua mangsa kebakaran bagi meringankan beban mangsa. Keprihatinan baginda terhadap rakyatnya yang ditimpa bencana menyentuh hati mereka. Mangsa bencana terharu atas kurniaan sumbangan yang diterimanya.

Sumbangan bantuan disampaikan oleh Yang Berusaha Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), Dr. Asmadi bin Abdul Rahman disertai bersama Yang Berbahagia Pegawai Khas Agama KDYMM Pemangku Raja Pahang, Ustaz Muhammad Hilmy bin Muhammad Khalil.

Kejadian kebakaran kira-kira jam 8 malam semalam menyebabkan bangunan kayu kedai dua tingkat yang berusia kira-kira 80 tahun musnah hampir 90 peratus. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content