KUANTAN, 23 Oktober 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kali ke-190 hari ini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diringi oleh Tuanku Yang Dipertua MUIP, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail serta dif-dif kehormat yang lain.
Sebelum Mesyuarat Majlis dimulakan, Seri Paduka Baginda berkenan untuk mendengar titah perutusan oleh paduka anakanda selaku Yang Dipertua MUIP dan seterusnya memulakan titah diraja.
Dalam pada itu juga, Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Badan Korporat turut berlangsung dan disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang sambil disaksikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Penyerahan zakat perniagaan badan korporat kali ini telah melibatkan tiga buah syarikat yang keseluruhannya berjumlah RM 8.419 juta.
Turut hadir sama, Ahli-Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Pengarah-Pengarah Bahagian MUIP serta kakitangan daripada anak syarikat MUIP yang terlibat.