KUANTAN, 29 November 2021: Satu sesi mesyuarat khas MUIP telah dijalankan pada hari ini bagi membincangkan anggaran belanjawan Majlis bagi tahun 2022. Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam telah dipengerusikan sendiri oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP.

Mesyuarat yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur turut dihadiri oleh YAM Tengku Panglima Raja, Leftenan Kolonel, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, dan juga Ahli Majlis – Ahli Majlis MUIP yang lain.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content