PEKAN, 17 Mac 2021 bersamaan 3 Syaaban 1442H -Majlis Penyerahan surat tawaran pelantikan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) Negeri Pahang. Seramai 20 orang PePIMA zon timur menerima surat tawaran pelantikan tersebut sebagai pendakwah di perkampungan orang asli bagi zon timur. Majlis dimulakan dengan taklimat pengurusan berkaitan hal ehwal muallaf negeri Pahang yang disampaikan oleh Tuan Haji Sh. Mohd Firdaus bin Sh. Othman, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan MUIP.

Turut disampaikan juga taklimat program khidmat masyarakat asli Oleh Penolong Pegawai Operai Yayasan Pahang. Penyerahanan surat tawaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam, Tuan Haji Mohd Ali bin Mat Dasir, sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Pahang, Ustaz Haji Ab Razak bin Abu Musa Saari, Pengurus Tamadun Masyarakat Asli, Ustaz Razi bin Musa dan pegawai-pegawai MUIP serta pegawai dari Yayasan Pahang. Selain itu, penyerahan surat pelantikan ketua zon dan penyerahan baju korporat kepada setiap Pepima.

Dalam ucapan, beliau memetik sepotong ayat Al- Quran surah Fussilat ayat 33, “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”. Selain itu, beliau menyatakan kepentingan seorang pendakwah iaitu perlu kepada asas ilmu, kefahaman dan pengetahuan mendalam, akhlak mulia dan adab tinggi yang disampaikan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat iaitu Yayasan Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang Cawangan Pekan, Kuantan, Muadzam Shah, Bera, Rompin dan Maran.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content