PEKAN. 9 September 2020 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini.

Baginda yang juga merupakan KDYMM Tuanku Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berangkat sempena Majlis Mengadap KDYMM Pemangku Raja Pahang Bersama Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang.

Semasa majlis tersebut, KDYMM Pemangku Raja Pahang turut berkenan bagi mendengar sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Yang Amat Arif Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Md Yunos, Ketua Hakim Syarie dan Tuan Haji Abu Kasim bin Pilus, Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang.

Majlis tersebut juga turut hadir bersama Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Hormat Setiausaha MUIP, Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain serta pegawai-pegawai kanan JKSP dan JPSP .

pahangdarulmakmur #pemangkurajapahang

Carta Organisasi Majlis
Skip to content