KUANTAN. 10 Disember 2020 Bersamaan 24 Rabiulakhir 1442 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Baginda juga mengucapkan tahniah atas pelantikan dua orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Yang Berbahagia Encik Khairuddin bin Ismail serta Yang berusaha Dr. Asmadi bin Abdul Rahman.

“Semoga pelantikan kedua-dua jawatan ini dapat membantu saya dan Timbalan Yang Dipertua untuk mentadbir Majlis dengan lebih cemerlang,” titah baginda.

Yang Hormat Dato’ Ahmad Hairi mengangkat sumpah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di hadapan baginda yang juga merupakan Tuanku Yang Dipertua MUIP sempena Mesyuarat Khas Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang berlangsung di Dewan Perdana, Hotel Grand Darulmakmur.

Dalam majlis yang sama turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis, Yang Hormat Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Beliau dilantik bagi mengisi kekosongan Ahli Majlis oleh mantan Pengarah JAIP, Yang Hormat Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha. Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu dihadiri bersama oleh paduka kakanda selaku Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah serta 13 orang Ahli Majlis.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content