PEKAN, 23 November 2020 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang telah menerima satu lawatan kerja daripada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang. Lawatan kerja ini bertujuan untuk perkongsian maklumat dan pengalaman daripada Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang berkaitan sistem maklumat yang digunakan antaranya sistem pengurusan hartanah.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Jumshoiry Novdany Bin Mohd Sulaiman, selaku Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan Dan Penswastaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dan turut bersama beberapa wakil Pahang Go Sdn Bhd. Turut hadir ke sesi perbincangan sempena lawatan kerja tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Sektor Pengurusan Dan Dasar, Encik Khairuddin Bin Ismail dan pegawai-pegawai Bahagian Strategi, Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Korporat, MUIP. Semoga perkongsian maklumat ini dapat membantu mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cepat dan cekap.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content