PEKAN, 25 November 2020- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah berkenan menerima lawatan daripada Persatuan Alumni Kulliah Sultan Abu Bakar Pekan di bilik mesyuarat ibu pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Lawatan ini bertujuan untuk mempersembahkan isu-isu yang berkaitan dengan Alumni Kuliah Sultan Abu Bakar khususnya penglibatan alumni terhadap Kuliah. Lawatan ini diketuai oleh Encik Abu Bakar Bin Mat Saad (Pengerusi Persatuan Alumni), Encik Nik Mohd Azam Bin Nik Wajis (Timbalan Pengerusi Persatuan Alumni), Encik lebai Idris Bin Ali (Pengetua Kuliah) dan Yang Berusaha Dr. Mohamad Hilmi Mat Said (Pensyarah Universiti Malaysia Pahang). Wakil-wakil alumni juga turut mempersembahkan hasrat dan harapan kepada baginda agar Persatuan Kuliah Alumni Sultan Abu Bakar mendapat sokongan daripada pelbagai pihak pada masa hadapan.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content