KUANTAN, 2 JULAI 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk meneruskan kunjungan kasih ke Felda Bukit Kuantan dan Felda Bukit Sagu.

Dalam sesi ziarah tersebut, sebanyak lapan buah keluarga telah disantuni oleh Baginda. Majoriti daripada keluarga yang dikunjungi merupakan generasi kedua kepada peneroka-peneroka felda.

Antara keluarga yang diziarahi terdiri daripada warga emas, pesakit strok dan pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan berkala. Atas keprihatinan dan cakna, Baginda telah mengurniakan sumbangan tunai dan beberapa barangan asas kepada keluarga-keluarga ini disamping beramah mesra bersama ahli keluarga.

Turut hadir dalam ziarah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain dan Pengurus MUIP Cawangan Kuantan, Ustaz Mohd Khairuddin bin Husin.

#pahang #pemangkurajapahang #asnaf

Carta Organisasi Majlis
Skip to content