KUANTAN, 1 JULAI 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP berkenan untuk menziarahi asnaf-asnaf di sekitar Bukit Goh.

Dalam sesi ziarah tersebut, Baginda telah mengurniakan sumbangan berupa wang tunai dan barangan asas kepada asnaf-asnaf tersebut. Baginda juga turut bertanya khabar dan mendengar luahan yang dihadapi serta menitahkan kepada pihak MUIP supaya memberikan bantuan yang bersesuaian kepada para asnaf sewaktu musim pandemik ini.

Turut hadir dalam ziarah tersebut Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Dato’ Ahmad Hairi Bin Hussain dan Pengurus MUIP Cawangan Kuantan, Ustaz Mohd Khairuddin Bin Husin. Semoga dengan sumbangan yang telah diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh para asnaf di Bukit Goh.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content