KUANTAN, 1 MAC 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua MUIP berkenan untuk menyantuni keluarga mangsa lemas di Pantai Sg Ular, Kuantan hari ini.

Kejadian yang berlaku pada 27 Febuari yang lalu telah meragut 3 nyawa kanak-kanak yang berumur 9, 11 dan 13 tahun. Atas sifat prihatin, Baginda Tuanku telah menghulurkan bantuan zakat bencana berjumlah RM 2,000 kepada keluarga mangsa.

Turut hadir bersama adalah Ketua Pegawai Eksekutif MUIP YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Timb. Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi MUIP, Yang Berusaha Dr Asmadi Bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Binti Ku Lah dan Pengurus MUIP Cawangan Kuantan, Ustaz Mohd Khairuddin Bin Husin.
Semoga keluarga mangsa cekal dan tabah dalam menghadapi ujian ini.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content