KUANTAN, 13 April 2022 : KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merangkap Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berkenan untuk merasmikan Masjid Baharu Batu 3 1/2 Kuantan yang diberi nama Masjid al-Mustaghfirin hari ini.

Seperti lazimnya, Baginda akan meluangkan masa untuk menyantuni para tetamu termasuklah para asnaf di sekitar daerah ini. Kebawah Duli Tuanku turut berkenan untuk mengurniakan sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan seterusnya berbuka puasa bersama-sama para tetamu yang hadir.

Turut hadir bersama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Paduka kakanda merangkap Timbalan Yang Dipertua MUIP, YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Muadzam Shah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP dan beberapa tetamu jemputan yang lain

Carta Organisasi Majlis
Skip to content