KUANTAN. 10 September 2020 Bersamaan 22 Muharam 1442 Hijrah – Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bercemar duli ke Kampung Bukit Kuin 2 melawat dua beradik, Tuan Azmin bin Tuan Hassan dan Tuan Mohd Azizi yang terlantar akibat penyakit saraf.

KDYMM Pemangku Raja Pahang yang juga merupakan Tuanku Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berangkat menyantuni dua beradik berkenaan selain bertanyakan khabar, juga untuk melihat rumah mereka yang dibina baru menerusi peruntukan bantuan zakat dari Majlis Ugama Islam Pahang. Rumah baru tersebut turut dilengkapi perabot dan barangan asas untuk keselesaan mereka menjalani kehidupan. Peruntukan yang dibelanjakan bagi pembinaan rumah baru dan pembelian perabot berjumlah RM60,280. Mereka juga turut menerima RM500 bagi bantuan zakat bulanan berserta baucar Pasaraya Darulmakmur (PDM).

Lawatan baginda pada hari ini susulan daripada keberangkatan paduka ayahanda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 13 Jun yang lalu sempena Program Ziarah Kurniaan Kasih Kepada Golongan Memerlukan di kampung berkenaan.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content