PEKAN. 5 Ogos 2020 Bersamaan 15 Zulhijjah 1441 Hijrah – Majlis Penyerahan Modul Kelas Pengajian Fardhu Ain Saudara Baharu disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah bersempena dengan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kali ke-180 di sini, pagi tadi.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi paduka anakanda yang juga merupakan Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menerima 6 buah Modul Kelas Pengajian Fardhu Ain Saudara Baharu yang disampaikan oleh ahli Majlis, Yang Berusaha Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah.

Enam buah modul berkenaan dari pihak Majlis Agama Islam Selangor disampaikan kepada Majlis Ugama Islam Pahang yang akan diguna pakai oleh Unit Dakwah Muallaf untuk tujuan pengajaran kelas-kelas muallaf di negeri Pahang.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content