PKZ
"Dirikan Solat Tunaikan Zakat"
Pusat Kutipan Zakat Pahang ditubuhkan pada 16 September 1995 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1996 dengan 9 orang kakitangan. Penubuhan PKZ Pahang adalah bertujuan bagi meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang yang bermula sejak tahun 1983 oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Sebelum penubuhan PKZ Pahang, pada 1993 , MUIP telah melantik sebuah badan swasta iaitu AZSB (Azzakah Sdn Bhd) untuk menguruskan kutipan zakat di daerah Kuantan sebagai percubaan. Oleh kerana Azzakah Sdn Bhd berjaya meningkatkan kutipan zakat 100% ,maka MUIP bersetuju supaya kaedah yang sama dilaksanakan diseluruh negeri Pahang pada tahun 1996 dengan pegangan saham 51% oleh MUIP dan 49% oleh AZSB. Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, MUIP telah mengambil alih PKZ Pahang sepenuhnya sehinggalah sekarang.
Ahli Lembaga Pengarah
PKZ ditadbir oleh 4 orang Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada:
PENGERUSI
YDH Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan
(SSAP.,SIMP.,DSAP.,SAP.,JSM.,AMP)
AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH
YH Prof. Dato’ Dr Abdul Monir bin Yaacob ,(DIMP.,PJN., KMN.)
YH Dato’ Hajjah Salehah binti Haji Osman (DIMP.,SMP.,AMP.,PKC)
YH Dato’ Haji Halidan bin Md Daud (DIMP.,SMP.,AMP)
Visi Kami
Menjadi Institusi Zakat Yang Cemerlang dan Berwibawa ke Arah Membangunkan Sosio Ekonomi Ummah
Misi Kami
- Melaksanakan pendekatan dan kaedah kutipan zakat secara professional, efisyen dan sistematik berlandaskan hukum syarak.
- Memupuk kesedaran dan penghayatan kewajipan berzakat kepada umat Islam neger Pahang melalui penyebaran info zakat dan program penerangan yang berterusan.
- Menyediakan kemudahan saluran pembayaran zakat yang pelbagai, terkini serta sistematik bagi memudahkan urusan bayaran zakat.
- Mengutamakan elemen kreatif dan inovatif dalam pengurusan zakat melalui penyelidikan dan pembangunan P&P), sistem penyampaian yang berkesan serta aplikasi terkini
- Sentiasa responsif dan mengadaptasikan perkembangan ICT ke arah perkhidmatan berkualiti dan efektif.
Objektif Kualiti Pusat Kutipan Zakat Pahang
- Meningkatkan bilangan pembayar zakat sekurang-kurangnyan 5% setahun.
- Meningkatkan amaun kutipan zakat sekurang-kurangnya 5% setahun.
- Memastikan setiap pelanggan dapat menyelesaikan urusan membayar zakat tidak melebihi 5 minit selepas bersetuju untuk membayar zakat.
Gigih
Amanah
Penyayang
Pusat Kutipan Zakat Pahang adalah anak syarikat milik penuh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang dipertanggungjawabkan mengutip zakat harta di seluruh negeri Pahang.