LIPIS, 6 Mac 2021 bersamaan 22 Rejab 1442 Hijrah – 11 keluarga dari suku kaum Semai kembali kepada agama fitrah malam tadi. Majlis pengislaman telah dipimpin oleh Tuan Haji Fadzli bin Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang, sambil disaksikan oleh YBrs. Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Yang Beradat Batin Ramli bin Minhat, turut sama Tuan Haji Mohd Ali bin Mat Dasir, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Islam, Tuan Haji Sh. Mohd Firdaus bin Sh. Othman, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan, MUIP, Ustaz Aliyuddin, Pengurus Cawangan MUIP Lipis, Ustaz Hazwan Hafiz bin Jalil, Pengurus Cawangan MUIP bersama beberapa orang kakitangan serta penduduk setempat dalam satu majlis di surau Pos Titom.

Menurut salah seorang penduduk, beliau menyatakan perasaan amat terharu kerana dipilih Allah untuk bersama dengan kawan-kawan lain yang telah menganut agama Islam. Majlis juga turut diserikan lagi dengan penyerahan Kad Akuan Pemelukan Islam kepada Ramli bin Minhat, selaku Batin bersama isteri serta penduduk yang telah mengucap syahadah pada hujung tahun lalu. Menurut Ramli, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana terdapat peningkatan yang baik kepada kampungnya, iaitu ada di kalangan penduduknya berhasrat untuk masuk Islam setelah beliau sendiri masuk Islam. Beliau percaya pada masa akan datang ada lagi penduduk yang akan memeluk Islam. Turut diadakan beberapa aktiviti seperti ziarah rumah ke rumah, sukaneka, dan tayangan video.

Sekalung penghargaan kepada semua agensi yang terlibat iaitu Jabatan Agama Islam Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang Cawangan Lipis, Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang Cawangan Cameron Highlands, Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pejabat Agama Islam Daerah Lipis, Pengerak-pengerak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Penyelaras Pembanguan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA). Semoga jasa dan khidmat bakti kalian secara langsung atau tidak langsung mendapat balasan baik di sisi Allah SWT.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content