Oleh : Safura

JERANTUT. 23 September 2020 Bersamaan 5 Safar 1442 Hijrah – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang meluluskan peruntukan bantuan zakat bencana berjumlah RM3,300 kepada lima keluarga di daerah ini. Bantuan berupa wang tunai disampaikan bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

Mangsa yang terlibat adalah Encik Mat Jusoh Deraman mengalami kebakaran di rumah kediamannya di Kampung Paya Rajin. Manakala, empat keluarga lagi iaitu, keluarga Puan Aminah Awang Hitam (Kampung Paya Teh), Puan Samsiah Seman (Kampung Pulau Mansok), Encik Zainuddin Shahaudin (Felda Sungai Retang) dan keluarga Encik Abdul Aziz Sahuna (Kampung Binjai) mengalami kejadian bencana ribut.

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang sehingga Ogos pada tahun ini mengagihkan bantuan zakat bencana berjumlah RM143,900 melibatkan 155 orang penerima di seluruh daerah negeri Pahang.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content