KUANTAN, 20 JULAI 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mencemar duli menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri, Kuantan hari ini.

Setelah selesai menunaikan solat sunat Aidil Adha, Baginda telah berkenan utk menyaksikan upacara qurban bagi seekor lembu dan kerbau. Biarpun suasana hari raya korban pada kali ini disambut sederhana, namun ianya tetap memberi makna pengorbanan buat seluruh umat Islam dan seluruh masyarakat yang berkorban masa bersama yang tercinta demi keselamatan dan kesihatan.

Baginda turut diiringi oleh YB Menteri Besar Pahang, YAM Tengku Panglima Raja YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YAB Menteri Besar Pahang, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YH Sahibus Samahah Mufti Pahang, YH Ketua Pegawai Eksekutif MUIP dan YH Ketua Pengarah JAIP.

Mudah-mudahan sambutan hari raya pada masa yang akan datang akan dapat kita sambut seperti biasa, bersama seluruh ahli keluarga yang tercinta.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content