KUANTAN, 11 JUN 2021:Pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19 telah menerima bantuan bekalan asas daripada MUIP. Mereka yang telah dijangkiti wabak ini telah ditempatkan di Pusat Kuarantin yang terletak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain berkata, sebanyak RM 75 ribu dalam bentuk barangan asas akan diagihkan kepada para pesakit Covid-19 ini. Kebanyakan dari mereka yang terjejas ini datang daripada pelbagai latar belakang dan sosio ekonomi.

Selain itu, bekalan berbentuk makanan asas dari Pasaraya Darul Makmur juga turut diagihkan kepada mereka sepanjang tempoh kuarantin di HTAA. Dalam masa yang sama, warga MUIP juga turut mengekalkan pematuhan SOP yang ketat seperti memakai pelitup muka serta penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter ketika mengagihkan barang-barang ke dalam hospital. Semoga pesakit-pesakit yang dijangkiti wabak ini akan sembuh seperti sediakala. Insha Allah.

#zakatpahang#COVID19#staysafe#stayathome

Carta Organisasi Majlis
Skip to content