Kompleks Asnaf
Kompleks Asnaf MUIP adalah satu penempatan yang diwujudkan untuk untuk memberi perkhidmatan perlindungan kepada asnaf; secara asasnya kompleks ini telah melindungi asnaf fakir, miskin, muallaf, gharimin, riqab dan fisabilillah. Ianya telah dibangunkan di atas sebidang tanah wakaf seluas 3.4 ekar di Kampung Pahang, Kuantan dengan kos pembinaan berjumlah RM3.5 juta.
Kompleks ini telah mula beroperasi pada Oktober 2010 dan telah memberi manfaat kepada ratusan kes yang dirujuk oleh badan bukan kerajaan (NGO), agensi-agensi kerajaan, orang perseorangan untuk penempatan sementara. Namun begitu, beberapa orang penghuni telah dikembalikan kepada keluarga masing-masing berikutan kehilangan keupayaan mengurus diri serta ingin berdikari. Terdapat juga penghuni yang telah meninggal dunia dan telah diuruskan kebajikan almarhum/almarhumah oleh pihak kompleks ini.
Konsep perlindungan yang diberikan oleh Kompleks Asnaf MUIP adalah secara sukarela; bagaimanapun penghuni yang diterima untuk tinggal di penempatan ini adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan untuk memastikan kebajikan dan keharmonian diantara warga Kompleks Asnaf MUIP dapat dinikmati bersama.
Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk penghuni-penghuni Kompleks Asnaf MUIP. Selain rutin harian mereka bersolat berjemaah dan mengaji, penghuni juga digalakkan terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam dan menghiasi kediaman masing-masing untuk memenuhi masa yang terluang. Kompleks ini juga menerima kunjungan-kunjungan luar terutamanya dari sekolah-sekolah, NGO dan pelbagai agensi.
Kompleks Asnaf MUIP telah menjalinkan kerjasama yang baik daripada jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang, badan-badan berkanun, agensi-agensi, NGO tempatan termasuk Hospital Tengku Ampuan Afzan telah memudahkan gerak kerja dan melicinkan setiap gerak kerja yang dirancang oleh pengurusan Kompleks Asnaf MUIP.
Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang berharap kewujudan kompleks ini dapat memberi manfaat kepada golongan-golongan yang terpinggir seperti warga emas fakir miskin yang tinggal sebatang kara serta membela nasib muallaf-muallaf yang telah dihalau keluarga selepas memilih Islam sebagai agama pegangan
Objektif
- Menyediakan kediaman atau penempatan yang lengkap dari segi kemudahan asas kepada golongan-golongan asnaf zakat termasuk makan dan minum.
- Menyediakan penjagaan bagi menjamin keselamatan serta kesihatan penghuni.
- Menyediakan bimbingan kerohanian.
- Memberi penghuni melaksanakan ibadah dengan sempurna.
Fungsi
- Memberi perlindungan dan penjagaan yang sempurna dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup dan menghayati ajaran Islam seperti mana terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah S.A.W.
- Memberi bimbingan dan didikan Al-Quran yang sempurna serta memantapkan aqidah Islam sebagai cara hidup muslim yang sebenar.
- Menanam dan memupuk semangat bekerja sebagai satu ibadah
- Melahirkan masyarakat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.
Kelayakan
SYARAT KELAYAKAN
1. Beragama Islam
2. Berumur 21 tahun ke atas
3. Fakir/miskin
4. Muallaf
5. Ibu tunggal/duda
6. Warga emas
7. Tiada tanggungan
8. Tidak menghadapi penyakit berjangkit dan kronik
9. Mampu menguruskan diri sendiri
10. Bermastautin di Negeri Pahang
Kemudahan
- 10 unit berkembar (20 bilik)
- 2 blok teres (10 bilik)
- Dewan Makan
- Surau
- Kawasan Rekreasi
Aktiviti
- Solat Fardhu Berjemaah
- Kelas Pengajian al-Quran (Harian)
- Solat Sunat Dhuha Berjemaah (Harian)
- Kelas Bimbingan Fardhu Ain (Isnin/ Rabu/Jumaat)
- Program Bacaan Yasin (Mingguan)
- Program Dhuha Mingguan dan Bacaan Mathurat / Surah al- Kahfi (Setiap Jumaat)
- Kaunseling Individu / Kelompok (Mingguan)
- Program Terapi Kesunyian (Berkala)
- Program Kesihatan- Pemeriksaan Kesihatan – Diabetis & Tekanan Darah (Mingguan)
– Senaman Fisioterapi (Bulanan)
– Lawatan Occupational Therapy ( Bulanan)
– Ceramah & Rawatan Kesihatan Mulut & Gigi (3 bulan sekali) - Merujuk penghuni kepada pakar perubatan HTAA (Jika perlu)
Hubungi Kami
KOMPLEKS ASNAF MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG
Kampung Pahang, Jalan Sungai Soi
26060 Kuantan , Pahang Darul Makmur
Tel. : 09-5341098 | Faks : 09-5341105