JERANTUT, 22 Disember 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang meneruskan misi bantuan banjir hari ini ke daerah Jerantut, Pahang. Memasuki hari yang ketiga setelah Kuantan dan Raub, Baginda berkenan untuk menyantuni pula mangsa-mangsa banjir di daerah Jerantut yang dipindahkan di lebih lapan buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar daerah ini.
Selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Baginda telah berkenan untuk menyerahkan wang zakat dan juga mengurniakan sumbangan peribadi kepada lebih 292 buah keluarga mangsa banjir bagi meringankan bebanan mereka.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content