PEKAN, 1 NOVEMBER, 2021: Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diadakan hari ini di Ibu Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
bagi meraikan kakitangan yang telah berkhidmat dengan cemerlang.
Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2020, Anugerah Khidmat Setia dan Anugerah Pekerja Terbaik 2021 MUIP. Program tahunan ini diadakan bagi menyuntik semangat dan memberikan dorongan kepada para kakitangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Anugerah telah disampaikan oleh YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Beliau turut menyampaikan amanat agar para pekerja perlu sentiasa fokus dan memberikan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan supaya agensi agama Islam di negeri ini dapat terus komited dalam memberikan khidmat yang cemerlang kepada umat Islam khususnya dan semua masyarakat di negeri Pahang.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content