MARAN, 29 JULAI 2021: KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk menziarahi beberapa asnaf di daerah Maran hari ini.

Baginda telah menyantuni 7 buah rumah asnaf yang terdiri daripada mereka yang berkeperluan seperti pesakit strok, OKU dan warga emas. Kawasan yang terlibat adalah Taman Sri Keramat dan Taman Maran Damai, Maran. Bagi membantu meringankan beban mereka, Baginda telah mengurniakan sumbangan peribadi dan zakat daripada Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang beserta hamper barangan keperluan asas.

Keberangkatan Baginda turut diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Pegawai Daerah Maran, Ybrs. Tuan Sharudin bin Jali dan Pengurus MUIP Cawangan Maran, Ustaz Mohd Azmi Bin Mat Zain.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content