KUANTAN, 1 JUN 2021: MUIP pada hari ini telah melakukan satu sesi lawatan ke premis memasak Dapur Infaq Ummah yang terletak di Pandan Perdana. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini merupakan satu badan kebajikan yang menyediakan juadah makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti golongan asnaf.

Sesi lawatan tersebut telah dihadiri sendiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal & Operasi) MUIP, YBrs. Dr. Asmadi Bin Abd Rahman bagi melihat proses penyediaan juadah makanan oleh badan tersebut. Dr. Asmadi bin Abd Rahman berkata, MUIP telah memberikan sumbangan kepada Dapur Infaq Ummah ini bagi menyediakan makanan kepada golongan-golongan komuniti Jalan Wong Ah Jang yang terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga miskin.

Program yang diadakan oleh badan Dapur Infaq ini tidak bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi lebih bersifat untuk membantu masyarakat yang memerlukan.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content