PEKAN, 12 April, 2021: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada pagi ini telah menerima lawatan rasmi daripada Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Universiti Utara Malaysia (UUM). Kunjungan yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dr. Rafeah binti Mat Saat bersama-sama tiga orang pegawai UUM itu telah disambut mesra oleh pegawai korporat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Ustaz Ahmad Ashraf bin Jasni.

Agenda seterusnya diteruskan lagi dengan kunjungan hormat daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), negeri Pahang. Rombongan itu diketuai oleh Yang Berusaha, Ketua Kawasan KWSP Negeri Pahang, Encik Mohamed Zubir bin Ali.

Pertemuan dua hala itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Dasar), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Yang Berbahagia Encik Khairuddin bin Ismail. Turut bersama dalam perjumpaan tersebut ialah Pengarah Bahagian Strategi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Korporat, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Encik Mohd Rozaini bin Jumali, Ketua Unit Pembiayaan Zakat, Ustaz Mohd Nasrul Hakim bin Mat. Daud dan Ketua Unit Pembangunan Asnaf, Ustaz Abdul Rahman bin Talib.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content