PEKAN, 10 FEBRUARI 2021- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menyerahkan sumbangan berupa sebuah van jenazah kepada Masjid Kampung Pulau Serai Pekan bagi memudahkan urusan pengebumian penduduk kariah berkenaan.

Van jenazah tersebut telah diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Ybrs Dr. Asmadi bin Abdul Rahman kepada Pengerusi Ahli Jawatankuasan Masjid Kampung Pulau Serai, Al-Fadhil Ustaz Ishak bin Idris dengan disaksikan oleh Pengurus MUIP Cawangan Pekan, Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Hafidz bin Abdul Halim

Majlis penyerahan telah dilaksanakan mengukit Standard Operating Prosedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara MKN dengan mencatatkan suhu, mengamalkan penjarakan 1 meter dan memakai pelitup muka.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content