JENGKA, 8 FEBRUARI 2021- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang berkenan untuk menziarahi mangsa kebakaran rumah di Felda Jengka 8, Maran. Kejadian ini berlaku pada 4 Februari jam 6:32 petang melibatkan sebuah rumah peneroka. Walaubagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Keberangkatan Baginda turut diiringi oleh Ahli Parlimen Jerantut, YB Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris, ADUN Pulau Tawar, YB Dato’ Haji Nazri bin Ngah, Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YBrs Dr Asmadi bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Maran, YH Tuan Sharuddin bin Jalil, Ketua Polis Daerah Maran, Tuan Norzamri bin Abd Rahman dan Pengurus MUIP Cawangan Jengka, Ustaz Mohd Isa bin Husain.

Atas dasar keprihatinan, Kebawah Duli Tuanku telah mengurniakan sumbangan bagi meringankan beban keluarga tersebut dan Baginda menzahirkan rasa takziah serta mendoakan supaya mereka tabah menghadapi musibah ini.

Carta Organisasi Majlis
Skip to content