Jawatan Kuasa Tetap
- Mengkaji dan mengemas kini strategi, dasar, polisi dan hala tuju Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
- Menilai enakmen, kaedah, peraturan serta undang-undang sedia ada atau yang baharu.
- Menyelaras fungsi-fungsi setiap institusi-institusi Agama yang bertanggungjawab melaksanakan dasar dan polisi berkaitan dengan pentadbiran agama di negeri Pahang.
- Merangka dan memantau pelan strategik Majlis bagi jangkamasa pendek, pertengahan dan panjang.
FUNGSI
i) Membincangkan cadangan anggaran belanjawan tahunan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis.
ii) Membincangkan cadangan tambahan peruntukan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis.
iii) Membincang dan meluluskan perolehan bernilai tinggi. Melapor dan membentangkan prestasi kewangan MUIP.
iv) Melapor dan membentangkan penyata kewangan MUIP.
v) Membincang dan meluluskan cadangan menerima pakai pekeliling-pekeliling berkaitan dengan kewangan.
FUNGSI
i) Memantau perkembangan Skim Dana Wakaf Pahang.
ii) Mengkaji dari semasa ke semasa supaya pengurusan wakaf lebih kemas dan berfungsi, termasuk merancang dan memajukannya bagi manfaat masyarakat Islam.
iii) Berusaha menggalakkan masyarakat Islam mengamalkan wakaf.
iv) Memantau perkembangan tanah-tanah wakaf Majlis.
v) Membincangkan pembangunan projek-projek atas tanah wakaf Majlis untuk pengesyoran kepada pihak pengurusan Majlis.
FUNGSI
i) Membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan hukum syarak.
ii) Menasihati Mufti dalam menyediakan hukum dan fatwa bagi negeri Pahang.
iii) Membincang dan menyelesaikan permasalahan berkaitan akidah dan syariah.
FUNGSI
i) Mengadakan kursus, temu duga dan peperiksaan Sijil Peguam Syarie
ii) Mengesyorkan kepada Majlis:-
(1) Pemohon yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Peguam Syarie; dan
(2) Untuk membatal atau menggantung Sijil Peguam Syarie / Sijil Amalan Tahunan
iii) Mengawal selia tatatertib Peguam Syarie.
iv) Menjalankan apa-apa fungsi sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.
FUNGSI
i) Mengkaji semua aspek keperluan pendidikan agama Islam.
ii) Kebenaran mengajar agama Islam.
iii) Kawalan ke atas sekolah agama Islam bukan milik kerajaan.
FUNGSI
i) Keperluan perjawatan (pengujudan dan penamatan jawatan).
ii) Kebenaran cuti-cuti yang tidak tertakluk kepada kuasa Ketua Jabatan.
iii) Pengesahan dan Perlanjutan tempoh perjawatan kakitangan.
iv) Terima pekeliling.
FUNGSI
i) Membincangkan isu-isu berkaitan kenaikan pangkat pegawai dan kakitangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
ii) Membincangkan isu-isu berkaitan tatatertib pegawai dan kakitangan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
FUNGSI
i) Membincangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti falak syarie negeri Pahang.
ii) Membuat pengesahan takwim Islam dan jadual waktu solat di negeri Pahang.
iii) Menyelaraskan pengesahan arah kiblat bagi masjid, surau dan tanah perkuburan berserta premis persendirian.
iv) Mengesahkan tarikh awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.
FUNGSI
i) Membuat pengesahan tajuk-tajuk khutbah untuk bacaan seluruh masjid di negeri Pahang.
ii) Mengesahkan penulis-penulis teks khutbah di negeri Pahang.
iii) Membantu meningkatkan mutu bacaan khutbah di negeri Pahang.
FUNGSI
i) Mengeluarkan Sijil Pengesahan Tanda Halal.
ii) Menjalankan analisis dan penyelidikan terhadap makanan dan barang gunaan orang Islam bagi maksud-maksud sijil.
iii) Menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana premis, syarikat atau premis perniagaan bagi maksud-maksud sijil.
iv) Mendaftarkan individu, syarikat atau perniagaan yang menadapat sijil.
v) Membantu pengguna untuk memilih barangan yang halal.
vi) Membantu mana-mana agensi Kerajaan dalam menjalankan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan tanda halal.
vii) Mewujudkan suatu sistem pengesahan tanda halal yang seragam dalam negeri Pahang.
FUNGSI
i) Pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang.
ii) Sebarang isu berkaitan undang-undang terutamanya dari sudut teknikal.
iii) Kaedah serta implikasi perlaksanaan sesuatu undang-undang syariah.
iv) Kajian semula undang-undang yang telah diguna pakai bagi tujuan penambahbaikan serta kesesuaian dengan keperluan semasa dan perkembangan masyarakat Islam di Pahang.
FUNGSI
i) Menyemak dan mengkaji kesempurnaan serta keutuhan sistem kawalan dalaman pengurusan kewangan serta pentadbiran MUIP.
ii) Mengkaji dan meluluskan Rancangan Audit Tahunan yang disediakan Unit Audit Dalam dengan membuat cadangan skop pengauditan dan tumpuan audit sekiranya ada.
iii) Mengkaji laporan Unit Audit Dalam dan Jabatan Audit Negara bagi memastikan semua isu-isu yang dilaporkan diambil tindakan sewajarnya dan memperakukan tindakan susulan serta mengesyorkan tindakan penambahbaikan.
iv) Memastikan tiada sekatan atau batasan yang tidak wajar di mana boleh menjejaskan keberkesanan Audit Dalam iaitu Unit Audit Dalam diberikan akses yang sesuai pada maklumat dalam melaksanakan tugasnya.
v) Memastikan Unit Audit Dalam mempunyai sumber yang mencukupi dan staf yang kompeten agar membolehkan ia berfungsi dengan berkesan.
vi) Menimbangkan syor dan cadangan sebarang kajian semula dalaman tentang keberkesanan fungsi Audit Dalam sebagai usaha meningkatkan lagi prestasi dan jaminan kualiti Audit Dalam.
FUNGSI
- Bertanggungjawab berkenaan adat resam melayu di Negeri Pahang.
- Mewujudkan panduan secara bertulis adat resam melayu di Negeri Pahang.
- Membincangkan hal-hal berkenaan adat resam Melayu.
- Menyelaras kajian berkaitan adat resam (kolaborasi dengan pakar/universiti).
Dikemaskini sehingga 18 Ogos 2021